Manchester United Lulus Ujian Kemenangan, Layak Ke Pusingan Keempat Piala FA - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Manchester United Lulus Ujian Kemenangan, Layak Ke Pusingan Keempat Piala FA



Aksi Cemerlang yang ditampilkan Manchester United pada perlawanan Piala FA Inggeris pagi tadi membuahkan hasil apabila berjaya menumpaskan Wolverhampton untuk layak ke pusingan keempat Piala FA. Beraksi di tempat sendiri memberikan kelebihan buat MU Setelah berjaya melakukan beberapa percubaan tepat ke gawang gol Wolves.




MU dikejutkan dengan jaringan pertama Wolves menerusi Neto pada minit ke-10 namun jaringan tersebut dibatalkan setelah bola terkena tangan Raul Jimenez. Kedua-dua perlawanan berakhir tanpa jaringan di babak pertama. Bermula separuh masa kedua, asakan bertali arus MU berjaya diterjemahkan dalam bentuk jaringan menerusi satu chip cantik dari Juan Mata pada minit ke-67.


Keputusan 1-0 kekal hingga wisel penamat. Walaubagaimanpun kem MU menerima satu berita kurang baik apabila ayam tambatan mereka Marcus Rashford yang baru sahaja dimasukkan mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan 16 minit kemudian. Semoga Rashford sempat pulih menjelang aksi Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Liverpool minggu ini.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.