KKM Keluar Kenyataan, Berlaku Pertambahan Kes Coronavirus Sebanyak 3 Orang! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

KKM Keluar Kenyataan, Berlaku Pertambahan Kes Coronavirus Sebanyak 3 Orang!

Sumber gambar dari Flavour of Life
Nampaknya meskipun kerajaan menggantung pengeluaran visa untuk pelancong China terutamanya bagi Wuhan dan Hubei, angka individu yang terkena jangkitan tersebut bertambah sebanyak 3 orang menjadikan jumlah terbaru adalah 7 kes. Walaubagaimana pun, kesemua kes berkenaan tidak membabitkan rakyat tempatan.

3 kes terbaru ini membabitkan seorang kanak-kanak berumur 4 tahun, dimana kini sedang dirawat di Hosiptal Sultanah Maliha, Langkawi, manakala seorang lagi membabitkan seorang lelaki yang berusia 52 tahun yang kini sedang mendapatkan rawatan di wad isolasi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Seorang lagi mangsa adalah seorang wanita yang juga menantu kepada seorang lelaki dari kes pertama wabak ini di Singapura. Menurut info, wanita berkenaan asalnya negatif dari wabak berkenaan namun telah mengambil keputusan untuk tinggal di Malaysia bagi menjada kedua-dua anaknya yang yag dikesan positif vitus berkenaan.

Sumber: Amazing Nara dan KP Kesihatan

+ Baca respon pembaca Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.