OM Leaderboard Ad

Kerajaan Kaji Undang-Undang Libatkan Individu Memandu Ketika Mabuk


Akhirnya, kerajaan dengar juga apa yang kita semua luahkan berkenaan isu kemalangan maut yang berpunca dari pemandu mabuk. Sekarang hampir setiap bulan kita pasti akan mendengar kes kemalangan sehingga menyebabkan kematian yang berpunca dari individu yang memandu dalam keadaan mabuk.

Sehinggalah semalam, berlaku lagi kemalangan maut di Lebuh Raya KESAS dan ia membuatkan ramai orang tidak berpuas hati dengan undang-undang sedia ada. Ohmedia juga telah menaikkan satu video bagi menyeru perkara ini dikaji semula dan sekarang ia telah berjaya menarik perhatian Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook.

Kementeri Pengangkutan amat memandang serius terhadap kejadian kemalangan yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol. Proses untuk mengkaji semula peruntukan undang-undang sedia ada berkenaan kesalahan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat pasca-Kabinet Kementerian Pengankutan minggu depan. - Katanya.

Anthony Loke turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Zulfakkar Borhan yang meninggal dunia di tempat kejadian dan 2 lagi sahabatnya sedang dirawat di hospital akibat cedera parah.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.