Kembar iPhone 11 Pro Dijual Pada Harga RM230 Sahaja! Semua Sudah Boleh Bergaya Dengan Apple Sekarang! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kembar iPhone 11 Pro Dijual Pada Harga RM230 Sahaja! Semua Sudah Boleh Bergaya Dengan Apple Sekarang!


Ohmedia tahu, memang dari dulu sampailah sekarang mesti masih ramai yang teringin nak pakai phone yang ada Apple dekat belakang kan? Tapi mungkin kerana ada perkara lebih penting untuk dibeli, terpaksalah menyimpan hasrat itu. Tapi apa nak heran, sebab mesti akan ada jenama lain yang akan tiru model iPhone ni.


Sejak iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max diperkenalkan, Ohmedia sendiri ternanti-nanti juga model apa agaknya yang akan meniru model terbaru iPhone ni dan akhirnya Lenovo secara tiba-tiba memperkenalkan Lenovo i11 yang sangat mirip dengan iPhone 11 Pro. Katanya jauh lebih murah, betul ke?
Model Lenovo i11 ini telah diinspirasikan daripada iPhone 11 Pro dan ini dapat dilihat dari susunan kamera pada bahagian belakang model ini dan ia dijual hanya pada harga RM230 sahaja. Pergh! Murah teruk gais!

Lenovo i11 ini menpunyai skrin bersaiz 6.1 inci dan turut mempunyai sokongan pengimbas muka seperti FaceID. Lain-lain ciri adalah mempunyai 4GM RAM, 32GB storan dan 2,000 mAh bateri.
Apa-apapun perlu diingat kerana ini merupakan model klon dan bukanlah dari Lenovo original. Tapi kalau korang nak beli dan rasa macam mana pegang dan dilihat bersama iPhone 11 Pro, bolehlah beli ya!

+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.