Kejam! Tuan Anjing Gam Matanya Sebelum Dibuang Supaya Tak Ikut Balik Rumah - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kejam! Tuan Anjing Gam Matanya Sebelum Dibuang Supaya Tak Ikut Balik Rumah


Kejam sungguh manusia zaman sekarang ni sebab tak ada hati berperikemanusiaan betul! Korang nak tahu tak baru-baru ini Ohmedia ada dengar sebuah kisah mengenai seekor anjing dibuang oleh tuannya di Colombia.


Kalau ya pun tak nak jaga, bagilah dekat orang yang nak jaga. Ini tak! Siap gam mata anjing tu supaya dia tak ikut tuan dia balik rumah. Ish, sakit hati betul bila tengok orang yang berperangai macam ni.


Nasib baiklah ada manusia yang berhati mulia sanggup menolong anjing ni dan dibawa ke klinik yang berdekatan untuk dirawat. Ambil masa selama tiga hari gais, doktor nak kena buang cebisan gam yang melekat dekat mata anjing tu.


Lepas semua dah okay, manusia yang berhati mulia tu pun bawa anjing tu balik dan jaga dia. Ohmedia tengok anjing tu bukannya tak comel. Bulu kembang kot. Semua ciptaan Allah memang comel. Apapun, terima kasih kepada manusia yang berhati mulia sebab sanggup jaga anjing tu. Alhamdulillah.


Sumber: borakdaily, Daily Mail

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.