Kedah Selangkah Ke AFC Champion League, Kipre Tchetche Melakar Hatrik Pertama - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kedah Selangkah Ke AFC Champion League, Kipre Tchetche Melakar Hatrik Pertama



Kedah layak ke pusingan play-off kelayakan AFC Champion League selepas menewaskan Juara Liga Hong Kong, Wofoo Tai Po FC dengan keputusan 5-1 di Stadium Darul Aman semalam. Beraksi di hadapan 19 ribu penyokong sendiri memberi kelebihan buat kedah dalam misi untuk ke Korea Selatan pada minggu depan.




Penyerang baru Kedah, Kipre Tchetche berjaya menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-3 hasil rembatan padu dari luar kotak penalti. Kipre sekali lagi menjadi duri dalam daging Tai Po FC selepas menjaringkan gol kedua pada minit ke-30 hasil bola muntah selepas penjaga gol Tai Po FC gagal menangkap kemas hantaran dari Rizal Ghazali.



Bekas pemain Felda United yang baru sahaja menyarung jersi Lang Merah, Hadin Azman beraksi dengan cemerlang selepas menyumbat 2 gol pada minit ke 46 dan 66 untuk Kedah selesa 4 gol di hadapan. Walaubagaimanapun pelawat berjaya menjaringkan gol saguhati 2 minit selepas itu menerusi Chan Man Fai.



Kipre Tchetche sekali lagi mencuri tumpuan apabila melakar Hatrik pada masa kecederaan untuk memastikan malam gemilang Kedah dengan menewaskan Juara Hong Kong itu dengan keputusan 5-1. Kedah akan menentang wakil Korea, FC Seoul di perlawanan penentuan ke AFC Champion League pada minggu depan. Ohmedia ucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Kedah, semoga menjadi pasukan kedua yang mewakili Malaysia di AFC Champion League selepas Johor Darul Ta’zim (JDT).

+ Baca respon pembaca Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.