Iran Mengaku Tersilap Tembak Pesawat Penumpang Sehingga Korbankan 176 Orang Tak Bersalah - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Iran Mengaku Tersilap Tembak Pesawat Penumpang Sehingga Korbankan 176 Orang Tak Bersalah


Akhirnya iran mengaku bertanggungjawab ke atas terhempasnya pesawat milik Ukraine yang sebelum ini mendakwa ia terhempas atas masalah teknikal. Perkara ini diumumkan oleh penyiasat Iran dan telah membuat kenyataan yang berbeza.

Perkara ini turut dilaporkan oleh The Spectator di mana Iran ada menyatakan yang mereka secara tidak sengaja tertembak pesawat penumpang terbabit yang baru sahaja melakukan penerbangan dari Tehran.

Dalam kejadian itu, pesawat Boeing 737-800 telah dikatakan terbakar dari atas udara sebelum jatuh dan meletup sehingga mengorbankan kesemua 176 penumpang termasuk kabin crew.

Kejadian terjatuhnya pesawat ini juga adalah pada hari yang sama Iran melancarkan peluru berpandu ke arah kem tentera AS di Iraq.



+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube




Dikuasakan oleh Blogger.