Honda RS150R 2020 Kini Masuk Pasaran Malaysia - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Honda RS150R 2020 Kini Masuk Pasaran Malaysia


Untuk korang yang teringin nak memiliki logo H yang digilai ramai wanita, mungkin boleh bermula dengan membeli Honda RS150R 2020 dengan harga bermula dari RM8,199 jer (tanpa insurans). Mungkin ramai yang kita tengok beli Yamaha Y15, tapi RS150R ni pun boleh tahan gais.


Harga ini diumum oleh Boon Siew Honda dan telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Jadi apa kelainan bagi model RS 2020 ni?

Mungkin tak ada banyak perbezaan dari model sebelum ini. Tapi dari apa yang kita boleh lihat, lampu brek dan fender belakang telah diubah dan kelihatan lebih runcing dari rekaan sebelum ini. Ini menjadikan ia nampak lebih bergaya dan sporty.


Korang juga boleh memilih empat pilihan warna seperti hitam, biru, edisi Rapsol seperti biasa dan warna ikonik Trico Honda. Meter digital LCD juga terlihat lebih terang untuk dilihat penunggang.


Jadi apa pilihan korang? Yamaha Y15ZR V2 atau Honda RS150R?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.