Gambar Luaran, Dalaman, Serta Harga Perodua Bezza 2020 Tersebar - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Gambar Luaran, Dalaman, Serta Harga Perodua Bezza 2020 Tersebar


Tersebarnya beberapa gambar yang mempunyai kaitan dengan facelift kereta paling ditunggu-tunggu untuk awal tahun baru ini iaitu Perodua Bezza 2020. Jika beberapa hari lalu beberapa gambar 'atas lori' dapat diambil oleh netizen dan dikongsikan dengan hangat sekali, kali ini gambarannya lebih jelas dan paling menarik sekaligus membolehkan kita melihat gambaran di dalam Perodua Bezza 2020 ini.

Rupa bentuk hadapan yang lebih ganas berbanding sebelumnya.

Tidak diketahui bagaimana gambar-gambar ni semua boleh tersebar di internet, tapi kebarangkalian juga ianya dilakukan sebagai salah-satu cara marketing paling power yang sedikit sebanyak mengundang rasa inngin memiliki kepada rakyat Malaysia. Mungkinlah itu tekaan kami sahaja. Apapun Ohmedia sangat yakin memang ramai yang menanti pelancaran Perodua Bezza 2020 ni tak lama lagi.

Yes! Dah tak terjungkit lagi! 

Fuh!! Mengancam betul rekaan lampu depan tu!!

Ruang dalaman yang lebih luas dengan rekaan tempat duduk menarik.

Ruang kabin yang moden dan mengikut peredaran zaman.

Ini Ohmedia rasa Mirrorlink yang mana anda boleh keluarkan paparan di phone terus ke HU kereta.

Di bawah ini adalah senarai harga & varian'nya.



Apa yang penting, dengan apa yang ada dan harga yang disarankan (jika gambar di atas benar), maka berbaloi penantian kalian untuk menanti kereta ini mula dijual di pasaran.

Nak cerita lebih banyak pasal Perodua Bezza terbaru ni pun Ohmedia tak pandai sangat nak lebih-lebih sebab benda belum dilancarkan pun lagi kan? Tapi apa kata kalau nak tahu banyak perkara pasal kereta, pergi ke website-website hebat seperti Pandulaju.My, Paultan.Org, dan sebagainya ya!

OHMEDIA: JUJUR CAKAP BARU PERTAMA KALI RASA BERMINAT DENGAN BEZZA NI KERANA REKAAN LUAR DAN DALAMNYA. KALAU ADA REZEKI, KALI INI MESTI BELI SEBUAH! :D

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.