(Video) Masuk Ujibakat Untuk Tanggung Kos Ibu Sakit, Dikejutkan Dengan Pemergian Ibu Tercinta - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Masuk Ujibakat Untuk Tanggung Kos Ibu Sakit, Dikejutkan Dengan Pemergian Ibu Tercinta


Tiada apa yang dapat dikatakan dan hanya rasa sedih bila melihat gadis ini terpaksa menerima kejutan yang tak disangka-sangka apabila menerima berita pemergian ibu tercinta disaat kejayaan dirinya.

Sekarang tersebar kisah Siti Nur Jannah yang baru sahaja berusia 14 tahun yang pergi ke ujibakat sebuah program nyanyian di Indonesia demi menanggung kos rawatan ibunya yang sedang sakit.

Jannah berjaya ke peringkat seterusnya dan pihak produksi telah menelefon keluarga Jannah di kampung untuk memberi peluang kepada Jannah sampaikan berita kejayaannya.

Tapi, lain pula berita yang diterima Jannah apabila pakciknya terpaksa memaklumkan yang ibunya telah masuk ke rumah sakit dan kini bersama keluarga di rumah kerana Allah lebih sayangkan ibunya. Panggilan ini telah membuatkan juri dan seluruh kru produksi menangis. Ikuti video yang dikongsikan Azim Kamaruzzaman.


Sebelum pihak produksi menelefon keluarga Jannah, dia sempat memberikan ucapan buat ibunya yang berharap ibunya dalam keadaan sihat.

Mama.. mama jangan pergi dulu.. semoga mama sihat-sihat, biar Jannah boleh bersama mama selamanya. - Kata Jannah.

Jannah telah kehilangan bapanya sejak tiga tahun yang lalu dan hanya bergantung kepada saudara-mara untuk meneruskan kehidupan. Bagaimanapun, ibunya pula jatuh sakit dan Jannah tekad untuk memasuki pertandingan ini demi menanggung kos sakit ibunya.

Semoga Jannah terus kuat menghadapi dugaan ini dan doakan roh ibunya ditempatkan bersama orang beriman. Al-Fatihah.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.