Empat Sekeluarga Dari Wuhan Bawa Masuk Koronavirus Pertama Ke UAE - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Empat Sekeluarga Dari Wuhan Bawa Masuk Koronavirus Pertama Ke UAE


Terkini, Kementerian Kesihatan UAE mengesahkan mereka terima kes pertama wabak koronavirus yang dikesan dari empat sekeluarga yang merupakan pelancong dari Wuhan. Ia merupakan kes pertama yang dilaporkan dikesan di Timur Tengah dan kini sedang dikuarintin.

Empat sekeluarga ini dilaporkan tiba di UAE pada 16 Januari lalu dan seorang dari mereka sudah berasa tidak sihat dan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Sekarang, mereka dilaporkan dalam keadaan stabil dan mendapat perhatian ketat dari para doktor. Bagaimanapun, UAE tidak bercadang untuk menyekat kemasukan pelancong dan syarikat penerbangan Emirates juga dikatakan akan meneruskan operasi seperti biasa antar UAE dan China.


Kebanyakan negara kini telah membuat keputusan untuk menggantung buat sementara waktu kemasukan pelancong dari wilayah China yang terlibat, termasuklah Malaysia. Negara kita kini telah menerima 7 kes dari wabak koronavirus.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.