Donald Trump Pertahan Arahan Bunuh Komander Tertinggi Tentera Elit Iran, Alasan Hentikan Peperangan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Donald Trump Pertahan Arahan Bunuh Komander Tertinggi Tentera Elit Iran, Alasan Hentikan Peperangan


Ramai sudah tahu kematian komander tertinggi tentera elit Iran Qasem Soleimani adalah atas arahan presiden Amerika Syarikat sendiri iaitu Donald Trump. Jadi apa alasan Trump lakukan arahan sebegini?

Sebagai tindak balas, Trump telah memberi alasan yang tindakan itu diambil bagi menghentikan peperangan dan bukan untuk memulakannya. Tidak cukup dengan itu, Trump turut menuduh Qasem telah rancang untuk melakukan serangan ke atas diplomat dan anggota tentera Amerika tanpa menunjukkan sebarang bukti.

Apa yang Amerika Syarikat lakukan semalam (Jumaat) sepatutnya telah dilakukan sejak dulu lagi. - Kata Trump.

Apa yang pasti, kesan dari kematian Qasem ini telah menyebabkan ketagangan semakin memuncak secara mendadak antara AS dan Iran. Kini, pemimpin Agung Iran Ali Khamenei telah berikrar untuk membalas dendam atas kematian Qasem.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.