Disebabkan Kecuaian Pemandu, Dua Pelajar Dirempuh Kereta Sebelum Pergi Sekolah - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Disebabkan Kecuaian Pemandu, Dua Pelajar Dirempuh Kereta Sebelum Pergi Sekolah


Innalillahiwainnalillahirojiun, seorang pelajar yang benama Nur Aida Rafhanah Zaidi yang berusia 13 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian dan manakala sahabatnya, Aina Safiyah Saparin juga berusia 13 tahun mengalami patah tangan kanan.

Disebabkan kecuaian pemandu, orang lain yang jadi mangsa! Lagi satu kes yang terjadi di Kilometer 11, Jalan Banting-Dengkil di Kuala Langat apabila dua pelajar SMK Bukit Changgang dirempuh dengan sebuah kereta pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata bahawa dua pelajar tersebut ingin melintas jalan untuk ke perhentian bas. Semasa diorang tengah melintas, kedua-dua mangsa dilanggar sebuah kereta.

Namun, sampai sekarang belum dikenalpasti siapa pemandu yang telah melarikan diri tu. Ya Allah, kejamnya orang tu! Ohmedia doakan agar suspek tu ditangkap dengan pihak polis secepat mungkin. Kalau korang ada maklumat, korang boleh hubungi Pegawai Penyiasa Inspektor Lau Ung Hee di 019-6699901.

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.