OM Leaderboard Ad

Berjaya Tewaskan Wolves, Liverpool Tunggu Masa Untuk Pegang Piala



Liverpool berjaya meneruskan momentum kemenangan selepas menewaskan Wolves di Molineux Stadium awal pagi tadi. Beraksi di tempat lawan sedikit pun tidak menggentarkan Liverpool, ini kerana Liverpool mempunyai rekod yang sangat baik ketika beraksi di tempat lawan.




The Reds tidak perlu menunggu masa yang lama untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-8 menerusi tandukan cantik Jordan Henderson. Tersentak dengan jaringan itu tuan rumah mengatur beberapa serangan dan hasilnya ayam tambatan Wolves, Raul Jimenez berjaya menyudahkan hantaran lintang dari Adama untuk kedudukan terikat 1-1.


Roberto Firmino berjaya menjadi pemusnah selepas menjaringkan gol kemenangan Liverpool 6 minit sebelum perlawanan tamat. Padu gila mamat ni, selalu jaringkan gol penting untuk Liverpool. Ohmedia ucapkan tahniah kepada Liverpool setelah berjaya kekalkan prestasi cemerlang mereka musim ini. Untuk pengetahuan korang, Liverpool hanya perlu menang lagi 9 perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.