Bentuk Dan Spec iPhone 9 Atau SE2 - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Bentuk Dan Spec iPhone 9 Atau SE2


Apple dijangka akan melancarkan iPhone SE2 atau iPhone 9 tak lama lagi ni. Korang yang mana tengah cari phone tu boleh duduk diam dulu dan tunggu iPhone 9 ni keluar sebab kalini ia adalah kelas pertengahan dari Apple dan akan dijual bermula dengan harga sekitar RM1,700 jer gais!


Rasanya macam tersangat la berbaloi dengan harganya sebab cip yang digunakan adalah yang paling berkuasa setakat ni iaitu Apple A13 Bionic. Storan pula dikatakan bermula dari 64GB dan 128GB. Apa yang Ohmedia tahu, dia punya bentuk sama jer macam iPhone 8, cuma logo Apple dekat belakang tu ada di bahagian tengah pulak mengikut iPhone 11 yang baru ni.


Apple akan melancarkan iPhone SE2 Plus pada tahun 2021 nanti. Perghhh! baru jer berapa hari masuk 2020 ni tapi dah ada planning untuk 2021, haha! Untuk iPhone SE2 Plus tu nanti, Apple mungkin akan gunakan fingerprint di bawah skrin dan ia dikatakan bersaiz 5.5 inch atau 6.1 inch serta skrin tanpa takuk.

Sumber : Amanz

+ Baca respon pembaca bentuk dan spec iPhone 9 di Facebook Oh! Media




Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.