Baru Berusia 3 Tahun Sudah Genius, Anak Malaysia Ini Dapat Tawaran Untuk Masuk Mensa - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Baru Berusia 3 Tahun Sudah Genius, Anak Malaysia Ini Dapat Tawaran Untuk Masuk Mensa



Seperti korang tahu, Ohmedia suka berkongsi tentang perkara yang dapat membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia. Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dari Malaysia, Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim telah mendapat tawaran untuk memasuki Mensa yang merupakan sebuah organisasi untuk Individu yang mempunyai IQ tinggi.




Untuk pengetahuan korang, Haryz mempunyai tahap IQ yang tinggi dan mencapai skor 142 dalam ujian Stanford Binet. Ini menjadikan Haryz sebagai individu termuda di Mensa dan kanak-kanak ini dikatakan lebih pintar dan cerdas berbanding rakan seusianya. Keistimewaan Haryz juga mula disedari oleh ibunya, Nur Anira Ashikin apabila Haryz sudah boleh membaca buku cerita pada usia 2 tahun.





Haryz juga dikatakan gemar untuk berbual bersama orang dewasa. Ohmedia doakan Haryz menjadi antara individu yang genius di dunia ini dan Ohmedia juga yakin Mensa dapat menggilap potensi yang ada pada diri Haryz.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.