Anggota Polis Meninggal Ketika Jogging, Balu Dakwa Suami Bercerita Tentang Ajal Sebelum Pergi! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Anggota Polis Meninggal Ketika Jogging, Balu Dakwa Suami Bercerita Tentang Ajal Sebelum Pergi!

Sumber gambar dari Sinar Harian
Setiap orang pengakhirannya berbeza-beza. Ada yang berakhir dengan kemalangan ketika memandu, dan ada yang terjatuh akibat tergelincir. Begitulah yang terjadi keatas seorang anggota polis yang meninggal dunia ketika beriadah, ketika berjogging disebuah taman di Kota Bharu. Menurut info, Allahyarham Koperal Khairul Anuar Md Noor rebah secara tiba-tiba.

Dakwa isterinya, kali pertama beliau berjumpa dengan arwah suaminya petang semalam sebelum dia keluar bekerja shif malam disebuah kilang. Isterinya turut menceritakan bahawa sebelum pemergian suaminya, arwah menasihatinya agar lekas-lekas mengambil lesen memandu dan mencerita perihal ajal, jika ketiadaan arwah nanti.

Isteri arwah mendapat tahu pemergian arwah melalui kenalan yang datang kerumah yang menunjukkan penularan gambar arwah suami di Whatsapp.Beliau turut mendedahan suaminya memang suka berjogging dan sering melakukan aktiviti tersebut bersama. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gertak Lembu selepas Asar harini. Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati arwah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pesanan Ohmedia, semoga keluarga arwah diberi kekuatan untuk terima kenyataan pemergian insan tercinta, terutamanya isteri mangsa. Semoga arwah dipermudahkan urusannya disana dan dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh, amin.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.