"Mak Ayah, Saya Tak Malas, Anak Melayu Tak Malas" Perkongsian Uncle Kentang Ini Sentuh Hati Ramai Orang - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

"Mak Ayah, Saya Tak Malas, Anak Melayu Tak Malas" Perkongsian Uncle Kentang Ini Sentuh Hati Ramai Orang


Melayu malas! Mesti korang biasa dengar kenyataan ni kan? Bagi Ohmedia sikap malas ni bukanlah diletak pada sesuatu bangsa itu, tetapi sikap individu itu sendiri tanpa mengira apa bangsa dan agama mereka. Tapi kenyataan ini juga tidak salah kerana bagi Ohmedia, apa salahnya jika kita jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk kita buktikan kemampuan bangsa kita,

Perkara ini turut dikongsikan oleh Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle Kentang, di mana dia telah kongsi gambar menunjukkan seorang pemuda yang sedang bekerja sebagai seorang penghantar makanan dalam keadaan basah kuyup dan menggigil kesejukan.

Mak, ayah, saya tak malas. Anak melayu tak malas. Kalau emak beliau nampak anak sendiri menggigil dalam kesejukan semata-mata mencari rezeki ciput sebegini. Pasti mak akan menangis dan mendakap anaknya. Anak aku tidak malas. - Tulis Uncle Kentang.

Perkongsian ini telah mendapat respon positif dari netizen yang turut berasa sedih dan bersimpati dengan apa yang dilalui sesetengah orang yang kurang bernasib baik.

Ini merupakan perkongsian penuh dari Uncle Kentang.


Selagi kita mempunyai daya upaya, gunakanlah ia dengan sebaiknya dan jangan pernah berputus asa. Nasihat untuk diri sendiri. Jadi bagaimana pula dengan hidup korang? Adakah saya seorang pemalas?

Sumber: Kuan Chee Heng

+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.