OM Leaderboard Ad

Ramai Terkejut Dengan Kehidupan Putri Balqis Sekarang, Masuk Episod Bersamamu & Terpaksa Ikat Perut 3 Hari


Ramai yang terkejut, termasuklah kami sendiri di Ohmedia apabila melihat iklan rancangan Bersamamu yang berkongsi kisah hidup seorang pelakon cilik, Puteri Balqis. Ramai yang tahu yang Balqis sebelum ini telah disahkan menghidap penyakit hati, tetapi ramai yang tak tahu apa yang mereka sekeluarga lalui sekarang.

Walaupun siri Bersamamu ini belum ditayangkan, ia sudah cukup menyentuh hati ramai orang dan buatkan peminat terkejut apabila ia menunjukkan perubahan drastik kehidupan Balqis.

Perubahan tiba-tiba itu indah sebenarnya. Tuhan tak mahu kami lupa diri. Terputus makan itu pernah la dalam dua tiga hari tapi tak pernahlah sampai seminggu. Kami ikat perut. - Kata Puteri Balqis.

Luahan hati Balqis ini dapat dilihat dalam iklan Bersamamu dan turut meluahkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk kembali ingat Tuhan.


Ibu Balqis, Norashikin Mohamad Aziz turut berkongsi luahan hatinya yang merasakan orang ramai hanya melihat Balqis dari luaran sebagai seorang pelakon dan sudah sihat dari sakit.

Ohmedia yakin pasti banyak persoalan yang timbul dan sama-sama kita melihat kisah Puteri Balqis di Bersamamu pada 12 Januari jam 6.30 petang nanti.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube



Dikuasakan oleh Blogger.