(Terkini) 2 Rakyat China Sudah Dilaporkan Mati Terkena Jangkitan Virus Corona Misteri - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Terkini) 2 Rakyat China Sudah Dilaporkan Mati Terkena Jangkitan Virus Corona Misteri


Berikutan dengan jangkitan virus misteri corona di Wuhan China, sekarang sudah 2 orang individu dilaporkan meninggal dunia dan ia disahkan oleh pihak berkuasa China semalam. Pesakit itu adalah seorang lelaki berusia 69 tahun. Pesakit dirawat di Hospital Wuhan Jinyintan di wilayah Hubei kerana mengalami kegagalan organ.

Setakat ini juga, 41 kes penumonia telah dilaporkan di Wuhan yang dikatakan berpunca dari virus corona ini.

Apa agaknya tanda-tanda jika kita dijangkiti virus ini? Pertama sekali kita akan mengalami demam, kesukaran bernafas dan radiografi dada menunjukkan infiltrat inflamasi invasif dalam paru-paru.

Seorang warganegara Jepun turut dijangkiti virus ini selepas pulang dari melancong di Wuhan dan lelaki berusi 30 tahun itu kini sedang dikuarantin di Tokyo.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Dikuasakan oleh Blogger.