(Video) Suspek Menarik Rantai & Mangsa Jatuh Terlentang Ke Belakang - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Suspek Menarik Rantai & Mangsa Jatuh Terlentang Ke Belakang


Kes jenayah ragut melibatkan orang awam nampaknya terus berlaku sehingga hari ini dan sudah menjadi peringatan kepada kita semua untuk sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling, terutama apabila melalui kawasan yang sunyi dan tidak ramai orang. Tetapi, kegiatan ragut kini juga sudah dapat dikurangkan dan sekiranya ia berlaku, kita dapat melihat semula di CCTV.

Pada 15 Disember lalu, satu rakaman CCTV telah berjaya dirakam apabila sebuah motosikal telah bertindak meragut seorang wanita berumur. Video yang berjaya dirakam itu dikongsikan oleh Roadblock JPJ/POLIS di Facebook dan dipercayai berlaku di kawasan Brickfields, Kuala Lumpur.

Dalam video terbabit, kita dapat melihat seorang penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC berwarna hitam telah melalui kawasan berkenaan dan telah berlegar-legar untuk mencari mangsa.

Selepas itu, seorang wanita dengan berpakaian sari dilihat sedang melintas dihadapan laluan parkir banggunan sebelum diragut rantainya yang membuatkan mangsa terlentang ke belakang. Suspek kemudian memecut laju meninggalkan kawasan berkenaan.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.