(Video) Lelaki Curi Beg Abang Grabfood Ketika Solat Maghrib Di Masjid - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Lelaki Curi Beg Abang Grabfood Ketika Solat Maghrib Di Masjid


Sis tak faham betul dengan orang yang sanggup mencuri di dalam masjid. Tak takut Allah ke? Haih, banyak lagi cara kalau nak cari duit tau. Bukannya pergi mencuri barang orang. Kesian dekat orang tu penat mencari rezeki yang halal untuk menyara kehidupan sendiri dan keluarga.

Cuba korang tengok video yang dimuatnaik oleh @My_CrimeWatch tu. Time orang tengah sujud, sempat dia ambil beg abang rider Grabfood dan bawa lari. Eee geramnya! Berani betul dia buat macam tu. Takkan dia tak ada rasa bersalah kot?


Kejadian ini berlaku di sebuah masjid yang terletak di Ampang. Sis harap lelaki tu mendapat balasan yang setimpal daripada Allah SWT atas perbuatannya yang suka mencuri barang orang. Haa! Korang jangan jadi macam lelaki tu ya?

+ Baca respon pembaca Oh! Media



Oh Youtube


Dikuasakan oleh Blogger.