Ustaz Ebit Lew Kongsi Peranan Lelaki Sebagai Seorang Suami - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Ustaz Ebit Lew Kongsi Peranan Lelaki Sebagai Seorang Suami


Sekarang ni hangat betul di media sosial berkenaan isu individu berpoligami dan menceraikan isteri. Bagaimanapun, Ohmedia taknak ambil tahu pasal perkara itu memandangkan ia merupakan masalah dalaman keluarga dan jika mereka yang sebarkannya, biarkanlah. Apa-apapun, Ohmedia tertarik dengan perkongsian dari Ustaz Ebit Lew yang menerangkan peranan lelaki sebagai seorang suami.

Sedih pilu menangis sangat bila banyak terjadi kisah suami muda-muda lagi ceraikan isteri ada setengahnya isterinya sedang mengandung untuk berkahwin lain. Ada yang hadir keluarga sunnah mempunyai masalah begini.

Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita. Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham. Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya. Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga begini dan juga rumahtangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak.

Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercerai berai. Buat yang telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah. Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan Allah.

Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik jer untuk semua.

Satu jer nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Nikah itu amanah. Lainlah beliau ada lelaki lain. Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian. Kita sayang kerana Allah walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah. Lihat isteri, kenangkanlah ibu kita kenangkan anak perempuan kita, kenangkanlah.


Saya ingat seorang kawan saya baru kahwin jumpa ustaz. Ustaz, isteri saya baik, rajin,solehah, semua kerja rumah dia buat, senyum jer, sempurna, bestkan ustaz?

Ustaz jawab secara berfikir. Isteri kamu ahli syurga insyaAllah..tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka. Kenapa pula ustaz. Dah semua isteri kamu buat. Kamu buat apa? Dah kahwin terus nak jadi raja. Muda-muda dah malas.

Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur.

Pernah ada seorang suami jumpa saya. Dia nak ceraikan isterinya. Dalam perjalanan nak bercerai. Masing-masing tak nampak baik satu sama lain. Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak..nikah itu amanah Allah.

Tapi ustaz,isteri saya degil. Malas. Tak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya. Selalu tolak saya….dia senaraikan buruk isteri dia..

Abang kan ketua keluarga. Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dengan Allah..wah abang, dulu cantik lawa menawan sexy semualah. Eh, tiba-tiba hari ni baru sedar segala kekurangan pasangan. Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Cubalah tanya?

Wanita ini boleh jadi paling lembut dan menyejukkan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan.

Suami tak boleh ler jadi macam wanita juga nak menangis dan menjerit tak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab tu kita lelaki. Sebab tu kita lelaki..Dalam AlQuran kata ‘ArRijal’ Ar Rijal..Ar Rijal..Allah berfirman puji gelaran ‘lelaki’. Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga.

Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka. Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga..Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu. Malam menangis di depan Allah. Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu.

Sumber: Ebit Lew
Dikuasakan oleh Blogger.