Syed Saddiq Tak Setuju Elaun Penjawat Awam Dipotong, Menteri & Ahli Politik Patut Dipotong - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Syed Saddiq Tak Setuju Elaun Penjawat Awam Dipotong, Menteri & Ahli Politik Patut Dipotong


Nampaknya Menteri Belia Dan Sukan kita, Syed Saddiq telah bersuara gais! Baru-baru ini, ada yang mengatakan bahawa bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) yang merupakan bayaran elaun kepada Doktor, Pharmachist dan Nurse bakal dimansuhkan pada Januari 2020.

Keputusan ini dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 1 Tahun 2019 yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri memutuskan supaya BIPK perlu dikekalkan kepada penerima sedia ada mengikut kadar sedia, walau bagaimanapun bersetuju tiada pemberian BIPK kepada pegawai lantikan baharu.


Disebabkan dengan itu, ia telah mendapat pelbagai reaksi dari kalangan doktor sendiri yang berasa terkilan dan kecewa dengan keputusan ini. Ada juga yang mengatakan bilangan doktor masih belum cukup sehingga 3 orang doktor perlu menguruskan 200 lebih pesakit dalam satu-satu masa.



Dalam padai itu, Syed Saddiq turut menyatakan yang dia menolak keputusan berkenaan dan berpendapat elaun menteri yang seharusnya perlu dipotong.

Saya tidak bersetuju dengan pemotongan elaun kritikal bagi doktor dan jururawat muda kita. Kita sepatutnya mengkaji semula segala elaun diberikan kepada ahli politik dan juga menteri seperti saya. Sebab itu saya tidak bersetuju dengan pekeliling baru yang dikeluarkan oleh JPA yang membawa kesan kepada banyak anak muda dalam sektor kerajaan. - Kata Syed Saddiq.


Kita boleh faham yang kerajaan perlu melakukan langkah penjimatan, tetapi diharapkan kerajaan tidak membabitkan rakyat sehingga gaji rakyat pula terpaksa dipotong dan dikurangkan dari kebiasaan. Apa pula pandangan korang?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.