Sujud Sahwi: Dah Tahu ke Belum? - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Sujud Sahwi: Dah Tahu ke Belum?


Sesetengah orang tidak lagi mengetahui bagaimana cara untuk mempraktikkan sujud sahwi. Sujud sahwi dilakukan adalah untuk menampung beberapa jenis kesalahan yang dibuat ketika solat akibat lalai atau terlupa. Antara kesalahannya adalah terlupa melakukan salah satu sunat ab’adh, iaitu tahiyat awal dan doa qunut atau terlupa rakaat.

Dalil sujud sahwi sebelum beri salam dari hadis Abdullah bin Buhainah:

‎فَلَمَّا أَتَمَّ صَلَاتَهُ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ فَكَبَّرَ فِي كُلِّ سَجْدَةٍ وَهُوَ جَالِسٌ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ
“Setelah baginda (Rasulullah) menyempurnakan solatnya, baginda sujud dua kali. Ketika itu baginda bertakbir pada setiap kali sujud dalam posisi duduk. Baginda lakukan sujud sahwi ini sebelum salam.” (Sahih Bukhari, Sahih Muslim)

Dalil sujud sahwi sesudah salam dan ditutup lagi dengan salam dari hadis Imran bin Husain:

‎فَصَلَّى رَكْعَةً ثُمَّ سَلَّمَ ثُمَّ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ
“Kemudian baginda (Rasulullah) pun solat satu rakaat (menambah rakaat yang kurang tadi). Lalu baginda beri salam. Setelah itu baginda melakukan sujud sahwi dengan dua kali sujud. Kemudian baginda beri salam lagi.” (Sahih Muslim)

Sebahagian ulama' menganjurkan doa ini ketika sujud sahwi:

‎سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو
“Subhana man laa yanaamu wa laa yas-huw” (Maha Suci Zat yang tidak mungkin tidur dan lupa).
[Bacaan sujud sahwi ini di antaranya disebutkan oleh An Nawawi rahimahullah dalam Raudhatuth Tholibiin, 1/116, Mawqi’ Al Waroq]

Bacaan ketika sujud sahwi adalah seperti bacaan sujud biasa ketika solat:

‎سُبْحَانَ رَبِّىَ الأَعْلَى
“Subhaana rabbiyal a’laa” (Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi). [Sahih Muslim]

Wallahua'lam.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.