Seorang Lelaki Naik Angin Setelah Dituduh Salah Guna Lamborghini Bos! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Seorang Lelaki Naik Angin Setelah Dituduh Salah Guna Lamborghini Bos!

Sumber gambar dari Google
Siapa je tak naik angin kalau kena tuduh bukan-bukan. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Indonesia, apabila seorang lelaki melepas tiga das tembakan ke udara setelah ditegur oleh seorang pelajar sekolah menengah yang menuduh dia salah guna Lamborghini majikan untuk kegunaan peribadi.

Sumber gambar dari CNN Indonesia
Menurut info, pelajar sekolah berkenaan ketakutan kemudiannya melarikan diri sebelum membuat laporan polis berkaitan insiden berkenaan. Rumah lelaki berkenaan kemudian diserbu oleh pihak polis dan merampas dua pucuk pistol dan 22 butir peluru.

Lebih mengejutkan, Lamborghini berkenaan memakai no pendaftaran palsu. Menurut pihak polis, kemungkinan kereta berkenaan adalah kereta sewa yang tidak dipulangkan oleh lelaki berkenaan. Selain pistol dan peluru, Lamborghini tersebut turut dirampas oleh pihak polis. Tulah, nak naik angin tak bertempat punya pasal, elok-elok duduk luar, dah kena pula meringkuk dalam penjara.

Sumber: Metro Online

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube






Dikuasakan oleh Blogger.