Seorang Bapa Hantar Makanan Sambil Dukung Anak Buat Netizen Sebak! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Seorang Bapa Hantar Makanan Sambil Dukung Anak Buat Netizen Sebak!


Ohmedia agak tersentuh bila tengok gambar yang dimuatnaik oleh page BMF MEDIA TV - official di Facebook baru-baru ni apabila seorang bapa menghantar makanan menggunakan motor kepada pelanggan sambil mendukung anaknya yang masih kecil.

Tadi minta cod makanan..tiber mata masuk habuk. Korang nampak tak apa yang kita nampak..dah lah matahari terik panas dekat atas tu...suami dia bawa baby nak setel kan order cod..Pengajaran aku untuk hari ni..belajar bersyukur, ingat pada yang susah, jangan berkira tentang caj yang diminta, kesusahan orang jangan diherdik..bantu selagi mampu, doa semoga pasangan suami isteri ini berjaya dalam bisnes yang diceburi dan dimurahkan rezeki.


Rata-rata netizen juga turut bersimpati bila tengok abang tu. Haa jom kita support abang ni gais. Dia jual makanan dengan harga RM2.50/per pack. Ohmedia doakan agar abang ni sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan dimurahkan rezeki selalu. InsyaAllah, amin.

Dengar cerita abang ni duduk dekat Perak. So, bila kita tengok nasib abang ni, janganlah kita berkira dan kita kena selalu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang sebab kemungkinan ada orang yang lagi susah daripada kita tau.

Sumber: BMF MEDIA TV - official

+ Baca respon pembaca Oh! Media



Oh! Youtube


Dikuasakan oleh Blogger.