Selepas Mesut Ozil, Kini Bintang Ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams Turut Bersuara! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Selepas Mesut Ozil, Kini Bintang Ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams Turut Bersuara!

Sumber gambar dari Sonny Bill Williams
Bagi mereka yang tidak mengenali Sonny Bill Wiiliams, beliau adalah bintang ragbi New Zealand yang telah memeluk Islam dan satu-satunya pemain beragama Islam yang memenangi piala dunia ragbi bersama All Black pada tahun 2011. Kini Sonny dikhabarkan kerap membuat kerja-kerja dakwah dan disenaraikan sebagai antara 500 muslim berpengaruh dari seluruh dunia.

Namun bukan itu yang Ohmedia nak kongsi kat korang semua. Minggu lepas hangat di media sosial apabila Mesut Oil, pemain kebangsaan Jerman yang berdarah Turki memuat naik satu ciapan di Twitter miliknya yang mengecam tindakan China melakukan penindasan terhadap etnik minoriti Uighur di Xinjiang.



Ozil mendapat tentangan hebat, bukan sahaja dari pemerintah China, bahkan rakyat China sendiri. Kini Sonny Bill William tampil mengecam tindakan pemerintah China terhadap minoriti Islam di Xinjiang. Sonny berkata, sesetengah orang lebih memilih wang dari kemanusiaan. Kecaman beliau disuarakan di Twitter milik beliau.


Sumber: Metro Online dan Twitter Sonny Bill Williams

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube





Dikuasakan oleh Blogger.