RM100k Akan Dikenakan Kepada Penjaja Lampu Isyarat - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

RM100k Akan Dikenakan Kepada Penjaja Lampu Isyarat


Sekarang ni bila berhenti dekat traffic light jer mesti akan ada penjaja-penjaja yang menjual makanan datang dekat kita kan? Dengar cerita kalau dekat Terengganu, penjaja yang masih melakukan aktiviti tidak sah ni akan dikenakan hukuman penjara dan denda sehingga RM100,000 sekiranya didakwa bersalah oleh mahkamah.


Tempoh akhir untuk perniagaan tidak sah ni telah dibuat November lalu oleh Timbalan Exco Kerajaan Negeri Terengganu, YB Wan Hapandi Wan Nik dan ini adalah peringatan terakhir kepada penjual-penjual tidak sah yang masih lagi berkeras kepala melakukan aktiviti tu. Beliau juga telah pun bersetuju untuk membuat operasi menangkap semua penjaja-penjaja yang masih menjalankan aktiviti tu mulai 31 Disember ni untuk memastikan keselamatan penjaja dan juga keselesaan semua pengguna di jalan raya.


Penguatkuasaan akan dibuat mengikut peraturan yang telah ditetapkan seperti Peraturan Lalulintas 1959 di bawah Akta Pengangkutan Jalan, Undang-Undang Kecil Penjaja di bawah Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan, Akta Kawalan Harga & Anti Percatutan 2011 serta Perintah Perlabelan Barang Sedia Bungkus 1993. Operasi ini akan melibatkan banyak pihak dan antaranya ialah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP).

Sumber : Terengganu Today

+Baca respon pembaca Oh! Media


Oh Youtube


Dikuasakan oleh Blogger.