Rakyat Sarawak Akan Nikmati Air Percuma Pada 1 Januari 2020 - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Rakyat Sarawak Akan Nikmati Air Percuma Pada 1 Januari 2020


Wow, ini mungkin berita baik buat kawan-kawan kita yang tinggal di Sarawak apabila setiap isi rumah dikatakan bakal menikmati air percuma pada 1 Januari 2020 dan air percuma ini bagi RM5 pertama bil air domestik yang bersamaan dengan kira-kira 11,300 liter.

Perkara ini diumumkan oleh, Kementerian Utiliti setelah kerajaan Sarawak sebelum ini meluluskan subsidi kos elektrik dan elektrik kepada rakyat bagi menyediakan kemudahan asas yang adil untuk semua orang di negeri itu.

Program air percuma ini akan membantu mengurangkan beban kewangan rakyat, terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah, B40, yang memerlukan bantuan paling banyak. Ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 isi rumah dengan akaun domestik di seluruh Sarawak yang akan membabitkan perbelanjaan kira-kira RM40 juta setahun oleh kerajaan negeri. - Kenyataan kerajaan negeri Sarawak.

Selain itu, tarif untuk mengambil dan mengepam air juga akan dinaikkan dari 1 sen per kWh kepada 2.5 sen per kWh dan ia hanya dikenakan kepada penyedia perkhidmatan ini sahaja. Jadi, ia tidak akan melibatkan pengguna dan rakyat kerana tiada sebarang kenaikan berlaku.

Sumber: Bernama

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.