Viral Komen Hina Raja & Agama Islam, Polis Siasat Individu Terlibat - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Viral Komen Hina Raja & Agama Islam, Polis Siasat Individu Terlibat


Kalau korang perasan, baru-baru ni telah tersebar gambar satu komen yang telah menghina institusi diraja dan Islam dan dalam tindakan lanjut, kini pihak polis sedang melakukan siasatan. Komen yang berunsur penghinaan itu telah dinaikkan oleh seorang individu di sosial media dan telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Siasatan sedang dijalankan oleh pasukan USJT Bukit Aman dan kita sedang mengesan individu berkenaan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Kata Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid Bukit Aman memetik dari laporan BH.

Mengikut daripada screen shot yang tersebar, dapat dilihat nama Lionel Proctor digunakan individu terbabit dengan tulisan, ‘siapa nak hormat raja-raja kau yang bertaraf macam ketua kampung dan agama kau yang diasaskan bangsa penunggang unta dari padang pasir'.

Bagi Ohmedia, hukuman yang berat harus diberikan bagi memberi pengajaran kepada semua orang. Jika tidak perkara ini akan semakin menjadi-jadi dan tak terkawal.

Sumber: Berita Harian 

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.