(Video) Viral Pengantin Naik Ambulans Sebagai Gimik Majlis, Ini Respon Ketua Pengarah Kesihatan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Viral Pengantin Naik Ambulans Sebagai Gimik Majlis, Ini Respon Ketua Pengarah Kesihatan


Ambulans bawa pengantin? Kalau korang perasan, baru-baru ini tersebar video menunjukkan dua buah ambulans telah digunakan untuk membawa pengantin pada majlis perkahwinan dan ia dipercayai berlaku di Kuantan, Pahang.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan ambulans yang digunakan itu adalah milik swasta dan ia disewa pasangan terbabit sebagai gimik majlis persandingan mereka.

Pengantin lelaki adalah PPP yang baru selesai program penempatan wajib dan dalam ‘gimik’ berkenaan pengantin tiba menggunakan ambulans disewa. Pengantin lelaki membawa pasangannya dari dalam ambulans menuju ke pelamin. Beliau berhasrat untuk mengabadikan kenangan perkahwinannya menggunakan ambulans dan pakaian bertugas beliau. Hakikatnya, petugas ini bangga dengan tugas mereka dan menggunakan majlis perkahwinan untuk mempamerkan perasaan ini dalam majlis bersejarah mereka. - Katanya dalam satu kenyataan.

Video selama 4.17 minit itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan pihak Kementerian Kesihatan mengharapkan orang ramai tidak membuat tanggapan yang salah kepada kementerian.


Apa-apapun Ohmedia ucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan terbabit dan semoga gimik yang jarang dilakukan orang ni menjadi kenangan terindah. Raja seharilah katakan, korang jeles lee tu. Haha!

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.