(Video) Pasukan B23 Negara Akhirnya Terciduk 3-1 Menentang Kemboja - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Pasukan B23 Negara Akhirnya Terciduk 3-1 Menentang Kemboja

Sumber Gambar: FAM

Nampaknya skuad boleh sepak B23 negara terpaksa akur selepas terciduk 3-1 menentang pasukan Kemboja sebentar tadi. Ini sekaligus menghancurkan hasrat pasukan negara untuk mara ke peringkat separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2019.

Permainan dilihat agak seimbang pada masa pertama apabila kedua-dua pasukan tidak berjaya menjaringkan sebarang gol. Tetapi segalanya berubah apabila pasukan lawan berjaya mendapat gol pertama mereka pada minit ke-56 yang disepak masuk In Sodavid dan kemudian Sieng Chanthea pula berjaya menyumbat gol kedua pada minit ke-57.

Segalanya menjadi kucar kacir apabila pasukan negara sekali lagi memberi ruang kepada kemboja apabila Keo Sokpheng menjaringkan gol ketiga mereka pada minit ke-68.

Dilihat terlalu terlambat untuk mengejar, pasukan negara berjaya menjaringkan 1 gol pada minit ke-89 jaringan Quentan Cheng.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.