Mufti Wilayah Respon Isu Kanak-Kanak Dihalau Ke Saf Belakang Ketika Solat Berjemaah - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Mufti Wilayah Respon Isu Kanak-Kanak Dihalau Ke Saf Belakang Ketika Solat Berjemaah


Semalam tersebar satu surat layang yang ditulis oleh seorang kanak-kanak apabila di berasa kecewa apabila dihalau ke saf belakang ketika ingin melakukan solat berjemaah dengan alasan mengatakan dia belum berkhatan.


Kanak-kanak yang dikenali sebagai adik Nadzrul Zarfan ini menulis surat untuk ditujukan kepada tok pengerusi surau dan semua AJK surau yang dilihat tidak sepatutnya melakukan perkara tersebut.

Tindakan adik Nadzrul ini turut mendapat perhatian dan pujian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifi Mohamad Al Bakri dan mengatakan tindakannya tidak salah kerana ia akan memberi pendedahan kepadanya mengenai cara solat dengan lebih sempurna.

Kalau ada orang kata nanti terputus saf bila ada kanak-kanak antara orang dewasa, cakap pada dia Mufti Wilayah Persekutuan belum jumpa lagi mana-mana ulama yang kata begitu. Di samping itu, penyelia itu juga dapat menasihati kanak-kanak daripada membuat bising dengan mengajarkan adab-adab dan meraikan kehormatan masjid. Sekiranya kanak-kanak itu tidak mengganggu namun dibimbangi kedua ibu bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah mereka. Saya syorkan dalam keadaan sebegini ibu bapa dapat solat di tepi dinding (hujung saf) dan letakkan anak mereka di hujung sekali. - Kata Mufti.

Jadi diharapkan agar pihak pengurusan surau mahupun masjid akan lebih bijak dalam membuat sesuatu keputusan.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Dikuasakan oleh Blogger.