Mufti Wilayah Jelaskan Sumpah Laknat Tidak Wujud Dalam Perundangan Islam - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Mufti Wilayah Jelaskan Sumpah Laknat Tidak Wujud Dalam Perundangan Islam


Rasanya semua orang dah tahu yang sebelum ini tersebar yang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melakukan sumpah laknat di Masjid Jamek Kampong Baru bagi menafikan dirinya terlibat dalam kes pembunuhan warganegara Mongolia iaitu Altantuya Shaariibuu. Bagaimanapun, hari ini Musti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohaad Al-Bakri telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini.

Mufti dalam satu kenyataan mengatakan yang tidak pernah ada istilah sumpah laknat dalam perundangan Islam kecuali jika ia membabitkan perkara li'an.

Mubahalah tidak menjadi satu tuntutan sekiranya kes sedang dibicarakan di mahkamah. Bahkan proses keadilan di mahkamah tidak eksekutif pada sumpah sahaja, bahkan pembuktian yang lain seperti pengakuan, penyaksian dan pembuktian di hadapan hakim.
- Kata mufti.

Dalam pada itu, Mufti turut menyeru agar Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menguatkuasakan peraturan bagi melarang majlis berkaitan dengan sumpah atau sumpah laknat dilakukan di masjid.

Pada masa kini, telah wujudnya mahkamah untuk menyelesaikan isu perundangan. Justeru, kami berpendapat bahawa mahkamah adalah tempat yang lebih sesuai dan tepat untuk melakukan sumpah, jika diperlukan. - Kata mufti lagi.

Nampaknya semua orang perlu lebih peka selepas ini kerana Mufti turut ada mengatakan yang fungsi masjid di dalam Islam adalah sebagai tempat pembinaan kerohanian, pengukuhan sosial umat Islam, pembelajaran dan pendidikan, tempat meleraikan pemasalahan kehidupan seperti isu perundangan, tempat mengatur sistem politik seperti syura, bai’ah dan membuat resolusi serta keputusan yang besar dan tempat penyampaian arahan pemerintah.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.