'Mr Potato Head' Buat Hal Lagi? Tersilap Umum Kostum Terbaik Miss Universe 2019? Seriuslah?! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

'Mr Potato Head' Buat Hal Lagi? Tersilap Umum Kostum Terbaik Miss Universe 2019? Seriuslah?!

Sumber gambar dari Bussines Insider
Masih ingat pertandingan Miss Universe 2015 dimana seorang pengacara yang juga seorang pelawak, Steve Harvey tersalah umum nama pemenang untuk acara berprestij berkenaan. Kesilapan sama diulang sekali lagi oleh Steve Harvey. Namun Steve menafikan bahawa kesilapan berkenaan bukan berpunca dari beliau tetapi masalah teknikal.

Segalanya bermula apabila wakil Malaysia dalam Miss Universe 2019, Shweta Sekhon dijemput keatas pentas kerana memenangi anugerah kostum terbaik yang membawa tema makanan tradisi. Namun paparan LCD menunjukkan bahawa pemenang anugerah berkenaan adalah wakil dari Filipina. Shweta Sekhon kemudiannya meminta microfon dari Steve dan menjelaskan bahawa beliau dari Malaysia, bukan dari Filipina. Setakat ini tiada kenyataan rasmi dari pihak Miss Universe mengenai insiden berkenaan.



Kesilapan ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen antarabangsa yang mempertikaikan keputusan anugerah berkenaan.






Sumber: Amazing Nara

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube



Dikuasakan oleh Blogger.