Mesut Ozil Tidak Berseorangan, Maher Zain Puji Tindakan Berani Ozil Lantang Bersuara - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Mesut Ozil Tidak Berseorangan, Maher Zain Puji Tindakan Berani Ozil Lantang Bersuara


Sebentar tadi Ohmedia ada naikkan satu artikel yang menunjukkan peminat Ozil di China telah membuang dan membakar semua merchandise bintang bola sepak Arsenal itu setelah menunjukkan solidaritinya untuk etknik Islam di Uighur China.

Tapi, Ozil nampaknya tak perlu risau dengan ugutan itu kerana ramai yang memihak kepada Ozil dalam menegakkan keadilan untuk saudara Islam kita di sana. Dalam pada itu, Maher Zain yang cukup popular dengan lagu-lagu hits keagamaan seperti Insha Allah turut menaikkan satu perkongsian yang menyokong tindakan berani pemain Arsenal itu.

Maher Zain menyifatkan Ozil sebagai seorang yang berani dan tak semua selebriti dunia mampu kehadapan untuk mengkritik negara-negara Islam yang dilihat hanya berdiam diri dalam isu penderitaan mereka.


Jadi, siapa pula yang akan tampil kehadapan selepas ini? Jangan kita biarkan mereka membuat sesuka hati dan diharapkan akan ada tindakan yang diambil.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.