Menyusahkan Orang Betul Perokok Ni! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Menyusahkan Orang Betul Perokok Ni!

Semua orang tahu yang sekarang ni semua perokok dilarang merokok disekitar kawasan kedai makan sebab nak bagi keselesaan kepada orang lain untuk makan dan menjaga persekitaran kedai makan kan? Ada banyak papan-papan tanda serta amaran di kedai-kedai makan dan apa yang kita dapat lihat memang kebanyakkan perokok dah ikut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan ni tapi lain pula jadinya sebab kedai lain yang jadi mangsa keadaan.


Perokok memang diarahkan untuk mengambil jarak lebih tiga meter dari persekitaran kedai makan untuk menghilangkan ketagihan mereka tu, tapi kenapa perlu mencemarkan dan membuang puntung-puntung rokok di hadapan kedai lain pula? Ini adalah salah satu bukti yang perokok gagal untuk bagi keselesaan kepada orang lain sebab masih lagi membuang puntung rokok di merata-rata tempat dan merokok di tempat-tempat awam. Orang-orang awam banyak yang komplain dan tidak berpuas hati dengan situasi ni.


Membuang puntung rokok di merata-rata tempat tanpa rasa bersalah tu adalah sifat yang paling tak baik. Korang yang merokok tu sama-sama la kerjasama supaya jaga kebersihan di persekitaran kita ni dan jangan la sebarangan pergi merokok dekat tempat awam nanti okay!

Sumber: AmazingNara

+Baca respon pembaca Oh! Media


Oh Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.