Manchester United Terciduk Di Tangan Watford - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Manchester United Terciduk Di Tangan Watford

Sumber Gambar : Manchester Evening News

Hari yang malang buat Manchester United apabila mengalami kekalahan kelima pada musim ini selepas tewas dengan pasukan bawahan Liga Perdana Inggeris iaitu Watford 2-0 di tempat lawan. Apa sudah jadi ni gais? MU dengan pasukan power boleh pulak menang.




Watford berjaya menjaringkan gol pada minit ke 50 hasil kesilapan penjaga gol, De Gea yang gagal menangkap kemas sepakan lemah dari Ismaila Sarr. Belum sempat MU melakukan Comeback, Watford dihadiahkan sepakan penalti selepas Wan Bissaka menjatuhkan Sarr di dalam kotak penalti.



Sumber Gambar : Premier League

Ayam Tambatan Watford, Troy Deeney diberikan tugas untuk mengambil sepakan tersebut dan beliau berjaya menjaringkan gol kedua untuk Watford selesa di hadapan. Keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat. MU kini jatuh ke tangga kelapan liga dan mengumpul 25 mata, manakala Watford kekal di tangga tercorot dengan 12 mata.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube




Dikuasakan oleh Blogger.