Malaysia Setuju Dengan Cadangan Iran Wujudkan Mata Wang Islam Sendiri Ganti AS - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Malaysia Setuju Dengan Cadangan Iran Wujudkan Mata Wang Islam Sendiri Ganti AS


Dalam Sesi Meja Bulat dan Perbincangan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2018 hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju dengan cadangan dari Iran yang menyatakan penggunaan satu mata wang kripto dalam kalangan negara-negara Islam dan tidak lagi bergantung dengan dolar Amerika Syarikat.

Cadangan ini sebenarnya sudah pernah disuarakan oleh Tun Mahathir dahulu dan telah disekat oleh mereka yang berkuasa untuk menggunakan mata wang lain selain AS.

Jadi kita dengar kali pertama Iran dan Turki berpendapat kalau tidak guna dolar, kita boleh guna mata wang sendiri atau satu mata wang sama yang boleh dicipta kalau kita bersetuju. Hal ini kerana menggunakan mata wang sesuatu negara memberi kekuatan pada negara itu, sebenarnya Amerika kalau hendak kira dia bankrap berhutang trilion ringgit tetapi dia tidak mahu bayar, tetapi kita masih anggap Amerika dolar itu sebagai kuat. - Kata Tun Mahathir.

Cadangan ini nampaknya sekali lagi telah dinaikkan dan ia datang dari Presiden Iran, Hassan Rouhani. Apa pula pandangan korang mengenai penggunaan mata wang Islam ini?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.