Lorong Tambah Nilai Touch n Go Akan Ditutup Sampai Tahun Depan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Lorong Tambah Nilai Touch n Go Akan Ditutup Sampai Tahun Depan


Trafik mesti akan sesak gila dalam masa yang terdekat ni sebab perayaan banyak yang dah nak dekat dan mesti ramai yang dah minta cuti siap-siap untuk balik ke kampung masing-masing untuk menyambut perayaan bersama keluarga tersayang kan?

Dengar cerita PLUS Malaysia Berhad sudah pun buat pengumuman yang lorong tambah nilai akan ditutup sehingga 2 Januari 2020. Ianya dibuat untuk memastikan kesesakan lalu lintas berkurang di lorong tol tu setiap musim perayaan. Kita pun sedia maklum yang kebanyakkan lorong tol sekarang ni pun dah mula tutup dan kita sendiri kena turun kereta pergi ke kaunter yang disediakan untuk tambah nilai.

Ohmedia nasihatkan supaya kita sama-sama la kerjasama dan serba sikit tolong pengguna jalan raya lain untuk kurangkan kesesakan lalu lintas ni dengan tambah nilai siap-siap sebelum mulakan pejalanan gais!

Sumber : Amazingnara

+Baca respon pembaca Oh! Media


Oh Youtube


Dikuasakan oleh Blogger.