Kongres Bantahan Jawi Oleh Dong Zong, Beberapa Jalan Akan Ditutup! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kongres Bantahan Jawi Oleh Dong Zong, Beberapa Jalan Akan Ditutup!

Sumber gambar dari Google
Tindakan Dong Zong untuk meneruskan kongres atau persidangan bantahan Jawi telah menyebabkan pihak polis terpaksa melakukan persediaan awal terutamanya bahagian trafik, bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku. Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang memaklumkan akan menutup beberapa jalan utama bermula dari 11 pagi hingga 5 petang.

Dipetik dari Sinar Harian, antara jalan yang ditutup adalah di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Lumpur-Seremban, persimpangan lampu isyarat Jalan Changkat, persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Indah, Jalan Jati dan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) ke Jalan Bukit.

Oleh yang demikian, pihak polis meminta orang awam untuk mematuhi peraturan lalulintas yang ditetapkan pegawai polis yang ditempatkan. Nampaknya bagi korang yang ada urusan sekitar Kajang esok adalah lebih baik rancang perjalanan terdahulu bagi mengelakkan korang berhuhu dalam kereta, haha!

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube



Dikuasakan oleh Blogger.