Kesal Dengan Host Airbnb, Seorang Youtuber Dari England Luah Rasa Kecewa! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kesal Dengan Host Airbnb, Seorang Youtuber Dari England Luah Rasa Kecewa!

Sumber gambar dari Darren Cornian
Kesal dengan host AirbnBb, sorang Youtuber dari England luah rasa kecewa? Cerita ini dikongsi sendiri oleh Youtuber berkenaan yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya. Apa yang membuat Youtuber berkenaan rasa kecewa? Beliau kecewa kerana baru diberitahu oleh pemilik Airbnb bahawa terdapat sebuah gerai burger tepi jalan yang terletak berhampiran dengan Airbnb yang disewanya. Pemilik berkenaan menghantar video berkenaan setelah Youtuber berkenaan pulang ke England.




Dalam tweet berkenaan, beliau begitu teruja dengan burger yang dimasak oleh seorang brader dalam video berkenaan sehingga menyatakan bahawa beliau perlu terbang kembali ke KL untuk burger berkenaan. Biasalah bangsa Twitter mana pernah tak mengecewakan, mereka pun kasi panas line lah kat Youtuber berkenaan. Menurut info, beliau pun seorang yang menggemari nasi lemak. 'Racun' tu, hahaha! Apa-apapun, kepada Darren, selamat kembali ke Malaysia!


Sumber: Twitter Darren Cronian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube




Dikuasakan oleh Blogger.