Kerana Cemburu, Seorang Lelaki Bertindak Membakar Rumah Teman Wanita Sendiri! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kerana Cemburu, Seorang Lelaki Bertindak Membakar Rumah Teman Wanita Sendiri!


Sumber gambar dari Regional Kompas
Orang tua-tua kata, cemburu tu tanda sayang. Tapi kena tengoklah cemburu tu bertempat tak. Kalau jenis cemburu tak bertempat susah juga. Macam cerita yang satu ni, kerana cemburu seorang lelaki bertindak membakar rumah teman wanitanya. Dilaporkan kejadian berlaku di Palembang, Indonesia.

Menurut saksi yang juga jiran kepada mangsa berkenaan berkata, lelaki berkenaan dilihat membawa botol minyak sebelum kebakaran berlaku. Penduduk setempat bertindak mengejar lelaki berkenaan namun lelaki berkenaan berjaya meloloskan diri.

Menurut mangsa, teman lelakinya itu adalah seorang yang panas baran dan kuat cemburu. Tambahnya, beliau sering menjadi mangsa pukulan teman lelakinya itu. Menurutnya, teman lelakinya itu bertindak membakar rumahnya kerana dituduh curang baru-baru ini.

Sumber: Metro Online

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube



Dikuasakan oleh Blogger.