Juventus Nampaknya Tidak Takut Dengan Tulisan Jawi, Guna Jawi Pada Jersi Terbaru - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Juventus Nampaknya Tidak Takut Dengan Tulisan Jawi, Guna Jawi Pada Jersi Terbaru


Wow, terharu pula Ohmedia bila baca berita ni. Kalau korang nak tahu, pasukan Juventus telah menunjukkan jersi terbaru mereka dengan tulisan nama Jawi bagi kempen Piala Super Italia 2019.

Adidas dan Juventus telah melakukan kerjasama dengan artis kaligrafi Arab-Maghribi iaitu Shaker Kashgari bagi menyediakan design terbaru jersi mereka beserta nama pemain yang ditulis dari tulisan Jawi.


Nampaknya pasukan dan pemain Juventus tak takut dengan tulisan Jawi ni. Tulisan ini juga adalah kali pertama ditampilkan dan ia mengetengahkan kaligrafi tradisional arab.

Arab juga menggunakan tulisan Jawi ini bagi nama dan Juventus telah bersetuju menggunakannya bagi menghormati seni tradisional masyarakat arab. Selain itu, ini juga bagi menunjukkan perbezaan yang wujud di dalam pasukan mereka di mana 14 orang pemain mereka datang dari tempat dan latar belakang berbeza.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.