Isu Jawi, Tuanku Permaisuri Agong Luah Pandangan Baginda Di Twitter - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Isu Jawi, Tuanku Permaisuri Agong Luah Pandangan Baginda Di Twitter

Sumber gambar dari SelangorKini
Masih hangat isu Jawi ini diperkatakan meskipun sudah lama menjadi bualan rakyat Malaysia. Ini berikutan Dong Zong bertindak menolak usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahu memperkenalkan tulisan Jawi pada sekolah rendah jenis kebangsaan meskipun 3 muka surat sahaja.

Yang Ohmedia dapat info, tulisan Jawi tu adalah tulisan yang ada pada jata negara kita, tujuannya untuk murid-murid lebih faham simbol-simbol yang ada pada jata negara kita. Selain Dong Zong, baru-baru ini, Siti Kassim and the gang telah mengadakan satu press conference yang sepakat untuk menolak pengenalan tulisan  Jawi ini disekolah jenis kebangsaan.

Kini tampil pula Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyatakan pandangan baginda mengenai isu ini. Menurut baginda, tulisan Jawi tidak lebih dari satu seni sama seperti kaligrafi cina. Tambah baginda ianya suatu yang merugikan sekiranya tidak dipelajari kerana ia merupakan sebahagian dari ilmu.




Sumber: Twitter @cheminahsayang

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube



Dikuasakan oleh Blogger.