Donnie Yen Terus Bawa Aura Grandmaster Wing Chun Dalam Ip Man 4: Finale, Janjikan Pertarungan Yang Lebih Epik! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Donnie Yen Terus Bawa Aura Grandmaster Wing Chun Dalam Ip Man 4: Finale, Janjikan Pertarungan Yang Lebih Epik!


Fuhh! Rasa tak sabar betul rasanya nak habiskan episod filem Ip Man ni. Mesti ramai yang minat dengan cerita bertemakan kungfu ni dan bagi Ohmedia filem Ip Man antara filem terbaik yang korang kena layan. Perjalanan filem Ip Man ini bermula pada tahun 2008 dan lakonan hebat Donnie Yen dan arahan Wilson Yip telah berjaya membawa filem ini sehingga ke Ip Man 2 dan Ip Man 3 pada tahun 2015.


Ip Man 1 menggemparkan

Pada Ip Man pertama, Donnie Yen telah berjaya membawa aura mahaguru seni mempertahankan diri Wing Chun iaitu Ip Man atau nama sebenarnya Yip Kai Man di mana dia dan keluarga terpaksa melalui zaman penaklukan Jepun di China sehingga terpaksa berlawan dengan seorang jeneral Jepun demi mempertahankan tempat tinggal dan tanah airnya. Serangan Jepun ke atas China ini berlaku sekitar tahun 1937.


Apa yang menarik tentang filem ini adalah, ia berjaya membawa penonton masuk ke dalam dunia Ip Man dan merasai perjalanan hidup Ip Man yang penuh dengan cabaran.

Jom kita imbau kembali

Dalam filem Ip Man 2 pula, Ip Man dan keluarga telah menetap di Hong Kong jajahan British dan dia berhasrat untuk membuka sekolah Wing Chun tetapi perlu menghadapi beberapa mahaguru tempatan yang lain termasuk dari sekolah Hung Ga.

Lawan Mike Tyson paling epik!

Filem Ip Man 3 pula, ia menjadi semakin menarik bila Ip Man bawakan penampilan khas Mike Tyson. Masa ini jugalah ada sedikit scene dari Danny Chan sebagai Bruce Lee yang datang bertemu Ip Man untuk belajar, tetapi tidak diterima oleh Ip Man.

Jadi inilah yang kita tunggu-tunggu apabila Ip Man 4: The Finale telahpun diumumkan tayangannya pada 20 Disember 2019 dan disini jugalah kita akan mengetahui apa kesudahan dan apa yang berlaku kepada Ip Man dan anak muridnya Bruce Lee.



Pengarah dan barisan pelakon utama bagi Ip Man 4 ni masih sama iaitu dari Wilson Yip dan pelakon utama yang membawa watak Ip Man sudah tentunya Donnie Yen. Danny Chan juga masih memegang watak sebagai Bruce Lee dan berdasarkan trailer yang dikeluarkan baru-baru ini di Ohmedia, kita dapat lihat Ip Man kini sudah tidak berada di Hong Kong dan berhijrah ke San Francisco.

Trailer Ip Man 4: Finale


Untuk perlawanan finale ni, siapa agaknya yang akan berentap bersama Donnie Yen. Haa, Scott Adkins akan berentap bersama guru Ip Man dalam filem ni dan disebabkan ianya edisi yang terakhir, mesti Ip Man akan tunjukkan banyak aksi epik dalam filem kalini!


Ip Man 4: The Finale turut dibintangi oleh Chris Collins, Vanness Wu, Vanda Margraf, Danny Chan Kwok-kwan dan banyak lagi.

Sinopsis Ip Man 4: Finale

Filem Ip Man 4: Finale berkisarkan tentang hubungan Ip Man dengan anaknya, Ip Chun yang semakin merenggang selepas kematian isterinya yang tercinta. Demi masa depan anaknya itu juga, Ip Man iaitu Mahaguru Wing Chun telah membuat keputusan untuk ke San Francisco, USA untuk menghantar anaknya ke sekolah yang lebih baik dan menjamin masa depan. Dalam masa yang sama, Ip Man terjumpa seorang daripada pelajarnya dahulu yang telah membuka sekolah Wing Chun di sana, tetapi ianya tidak menjadi seperti yang diinginkan selepas komuniti seni mempertahankan diri di bawah US imperialist officer tidak menyukai sekolah tersebut. Ip Man datang untuk memperjuangkan hak sama rata untuk semua orang China dan memastikan maruah seni mempertahankan diri mereka terus terbela.









Oh ya, nantikan juga temubual khas team Ohmedia bersama Donnie Yen dan Danny Chan. Terima kasih Ohmedia ucapkan kepada RAM Entertainment kerana memberi peluang untuk bersama-sama dalam Press Screening pada 11 Disember. Haa, korang sempat tak pergi jumpa sifu Ip Man, Donnie Yen dekat KLCC dan 1 Utama hari tu?





Jadi jangan lupa temu janji kita pada 20 Disember 2019 dan jom kita ramai-ramai saksikan pertarungan epik di pawagam.


Dikuasakan oleh Blogger.