Header Ads

Hubungan Hafreez Adam Dan Zara Zya Retak?


Alamak! Baru je beberapa bulan yang lalu Zara Zya dan Hafreez Adam bertunang dan kali ni sis dengar berita yang agak tidak sedap untuk didengar apabila hubungan diorang dah mula retak. Serius lah weh? Apa dah jadi?

Saya akui hubungan kami sedang dilanda dugaan, namun saya yakin sudah cukup matang untuk mengawal situasi ini. Saya sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk situasi yang berlaku antara kami. Instagram adalah tempat saya berkongsi hal berkaitan kerjaya. Tambahan pula saya bukanlah seorang yang suka memuatnaik hal peribadi sesuka hati. Jadi, bagi mengelakkan banyak masalah dan cerita-cerita kurang enak, saya nekad untuk 'unfollow' Zara di Instagram dan tidak membaca sebarang cerita negatif mengenainya di Instagram. Saya bimbang andai hubungan kami dilanda masalah, ada pihak cuba menokok tambah cerita. Sepanjang dua tahun bercinta, kami tak pernah bergaduh. Hubungan berjalan dengan baik saja. Namun selepas bertunang, perkara lain pula terjadi. Saya kesal apabila ada pihak cuba menyebarkan cerita negatif mengenai kami. Bagaimanapun, saya enggan ambil serius dan menganggap perkara ini sebgai dugaan orang bertunang.

Hmm tak apa lah Hafreez. Ni cuma dugaan dan ujian semasa korang bertunang je. Semoga korang terus bertabah dan bertahan untuk menghalalkan hubungan korang okay. Sis tak sabar nak tengok korang naik atas pelamin.

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Oh! Media



Oh Youtube



Dikuasakan oleh Blogger.