Penduduk Pantai Timur Diberi Amaran, Akan Ada Gelombang Banjir Kedua Pada 25 & 26 Ini - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Penduduk Pantai Timur Diberi Amaran, Akan Ada Gelombang Banjir Kedua Pada 25 & 26 Ini


Semua sedia maklum yang kini ramai kawan-kawan kita sedang menghadapi waktu yang sukar apabila hujan lebat dan banjir sedang berlaku di beberapa kawasan. Sekarang, Agensi Pengurusan Bencana Negara telah mengeluarkan amaran terbaru yang mengatakan akan ada gelombang kedua banjir pada 25 dan 26 Disember ini.

Gelombang ini juga dijangkakan berlaku pada kadar yang sama atau lebih dari gelombang pertama. Jadi diminta semua untuk lebih berhati-hati dan lakukan persediaan awal.

Jika hujan lebat berlaku pada 25 dan 26 Disember, kita bimbang gelombang terbabit lebih tinggi berbanding yang sedang berlaku sekarang jika ia bertembung dengan air pasang. Tapi kita ramalkan banjir berlaku seperti seperti 2016 dan 2017 sahaja. Pusat pemindahan sementara seluruh Kelantan juga bersiap sedia menerima mangsa dalam skala besar. - Kata Timbalan Pengarah Bahagian Penyelarasan Operasi NADMA, Rusli Ibrahim.

Ohmedia cuma nak ingatkan, walaupun mungkin ramai yang dah biasa dengan musibah banjir ini, tapi sentiasa berhati-hati dan elakkan anak-anak anda dari bermain air. Jangan jadikan musibah banjir ini seperti pesta air kerana kita ingin mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.