Gaji Kami Sudah Memadai Setakat Ini, Dan Tidak Perlu Dipotong, Kata Khalid Samad - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Gaji Kami Sudah Memadai Setakat Ini, Dan Tidak Perlu Dipotong, Kata Khalid Samad

Sumber gambar dari The Star
Hangat di media massa apabila Jabatan Perkhidmatan Awam mahu memansuhkan elaun Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) untuk lantikan baru. pemansuhan ini mendapat respon dari Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq lalu mencadangkan bahawa elaun ahli politik yang seharusnya dipotong.

Cadangan ini mendapat reaksi yang baik dari Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, Menteri Perdagangan, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar yang menyatakan kesediaan mereka.

Namun cadangan ini mendapat reaksi sebaliknya oleh  Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad yang menyatakan bahawa tiada keperluan untuk memotong gaji dan elaun yang dinikmati para menteri ketika ini. Ini kerana gaji yang diterima pada waktu ini jauh lebih rendah berbanding ketika Barisan Nasional memerintah.

Nyata beliau, sejak hari pertama dilantik menjadi menteri, elaun ahli parlimen sudah dipotong, ini termasuklah elaun kehadiran Parlimen sekitar RM300 hingga RM400 sehari. Di samping itu beliau turut mendakwa beliau tidak boleh lagi buat tuntutan bagi cukai jalan kenderaan. Tambahnya lagi gaji beliau turut dipotong sehingga 30 peratus, untuk dimasukkan ke dalam akaun parti.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube






Dikuasakan oleh Blogger.